Monday, April 25, 2011

DRAMA - JUVANA

Juvana. drama yg ganti cte Gemilang. harini baru start episod pertama. hmm aku tgk pun sbb ade Zahiril Adzim. hakhak. comel! hmm so excited laa tggu depan tv awal2 sbb nak tgk kan. hehe. hmm start2 je pasal Zahiril Adzim dituduh bunuh mak die. hurmm pastu die di masukkan kat skolah budak2 jahat ni. then yg pelik nye kdaan kat dlm skolah tu in real laa kan mmg mcm tu ke? budak2nye suka gaduh and warden tak amik tahu langsung about budak2 ni?? huhu. pelik gak takkan laa kejam sgt smpai nak pegi hspital pun takde yg tolong. huhu. hmm so far best laa cte ni. lakonan yg hebat juga dari my Zahiril Adzim. oppss! my? tidakk. die tak lame lagi jadi tunangan org lah. haha. :D and Bront Palarae pun okey. and byk gak plakon2 baru yg aku tak kenal. takpe. akan ku berkenalan ngan semua nye. hehe. so can't wait for second episode.

sinopsis :

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.

Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.

Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.

p/s : jangan lupa menonton yee? setiap hari Isnin jam 9 Malam di TV3 :)

No comments:

Post a Comment